Siapakah mujaddid dikurun ini??

Rabu, 25 Mei 2011




Mungkin ramai yang tidak mengetahui..apakah maksud mujaddid ni..ok..disini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang mujaddid..mujaddid ini bermaksud’PEMBAHARU AGAMA’.. disetiap kurun,Allah telah mengutuskan mujaddid yang diberi tugas untuk memperbaharui agama sesuai dengan zamannya..dan pada kurun yang sebelum ini..sudah diutuskan seramai 13 orang mujaddid...iaitu:

1:Khalifah Umar bin Abdul Aziz

2:Iman Asy-syafie

3:Imam Abu Hassan Al-Asyaari,

4:Imam Al-Baihaqi,

5:Imam Al-Ghazali,

6:Imam Fakhrur Razi,

7:Imam Ibnu Daqiqil ‘Id,

8:Imam Al-Balqini,

9:Imam As-Sayuti,

10:Imam Muhammad Ar-Ramli,

11:Imam Abdullah Salim Al-Basri,

12:Imam ad-Dardir,

13:Imam Asy-Syarqawi,

Mujaddid untuk abad ke4 dan ke15 Hijrah belum ditulis lagi namanye...jadi mujaddid untuk zaman ini (akhir zaman) adalah mujaddid bongsu..kurun ke15..sudahpun zahir dan sudah pun dilantik oleh Allah sebagai Mujaddid zaman ini...jadi..korang tahu tak siapakah Beliau?ok..jom kita tgok ciri2 Mujaddid Bongsu iaitu Mujaddid untuk akhir zaman ni dibawah..ianya adelah hasil penyelidikan melalui Al-Qur’an,Al-Hadis dan Ulama’2 muktabar..sifat2 peribadinye adelah....

1:Namanye ialah Syuaib Bin Saleh
Iaitu bukan nama sebenarnye..ianya adelah merujuk kpd suku bangsanye..(suku kecil dari suatu bangsa)Dalam hadis ade menyebutkan bahawa nama beliau adelah Syuaib Bin Saleh...tapi itu bukan bermakna nama sebenarnye adelah Syuaib Bin Saleh..ianya adelah sebagai strategi untuk mengelirukan pihak musuh Islam,dan supaya umat islam mencari sendiri,siapakah identity Syu’aib Bin Saleh.kerana jika dengan mengkaji sendiri,manusia dengan sendirinye mempunyai keyakinan yang tinggi..dan supaya yang empunya diri (mujaddid) itu,tidak mengetahui bahawa beliau adelah mujaddid sehinggalah beliau telah jauh dan lama berjuang.. .mengapa dalam hadis diberitahu namanye adelah Syuaib Bin Saleh?mengapa bukan nama lain?ini kerana..ade makna tersirat disebalik name ini...Dari segi bahasa Arab,kalimah Syu’bun bererti suku bangsa atau puak dari suatu bangsa..manakala kalimah Syu’aibun pula bererti suatu suku kecil dari sebuah kabilah..lagipon Nabi S.A.W. tidak pernah menyatakan bahawa nama beliau benar2 Syu’aib Bin Saleh..kalimah Bin itu pula berasal dari Ibnun,ertinya anak lelaki,atau lebih tepat lagi.seorang lelaki..jika diperhatikan betul2..penggunaan sebutan Bin itu agak janggal dalam penggunaan sebutan bahasa Arab...Bahasa arab biasenye menggunakan perkataan Ibnun...Cuma orang islam dibahagian Nusantara sahaja yang lazim berbuat demikian seperti Negara kita,Malaysia..Lazimnya..negara Malaysia dan asia yang lainnye menggunakan kalimah Bin..manakala Kalimah Saleh pula merujuk kepade orang yang baik,baik disini membawa maksud seperti,Baik namanye,baik keperibadiannye,baik akidahnye,baik keturunannye,Baik agamanye,Baik pemikirannye,Baik Akhlaknye..dan segala-galanye baik..

2:Dia berketurunan Suku Tamim atau Bani Tamim..
Iaitu suatu suku arab Quraisy,dari keturunan Sayidina Ali,yang hari ini kebanyakkannye tinggal di Palestin dan Jordan,tetapi Dia lahir bukannye di kedua-dua tempat itu..perlu disebutkan disini bahawa suku tamim yang ini adalah sebahagian daripada Ahlul Bait kerana sayidina Ali adalah salah seorang angota Ahlul Bait.


3:Dia memakai serban biru
Ketika itu hanya Dia seorang yang memakai serban berwarna biru didunia ini..mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainye,Cuma sekali sekala sahaja..ianya juga menurut ramalan dari Nostradamus,seorang peramal bangsa perancis yang terkenal itu,oleh itu ramalan beliau itu bolehla dijadikan sebagai sumber tambahan sahaja,bukan untuk dipercayai apatah lagi diyakini..


4:Dia sentiasa memakai celak dimata..
Celak adelah sunat,setiap umat islam tak kirala lelaki atau perempuan,disunatkan memakai celak..di Akhir zaman ini..amat jarang ulama2 yang memakai celak,Cuma beliau sahaja yang istikomah memakai celak...

5:Dia sentiasa memakai tongkat..


6:Dia memakai jubah dan Gamis berwarna hijau dan hitam


7:Dia bermisai nipis,berjanggut panjang(tetapi tidak tebal) dan berjambang nipis..


8:Keturunannye sudah bercampur dengan bangsa timur..


9:Gigi depannye bersulah,iaitu tumbuh secara hamper membujur...


10:Dia bertutur dengan bahasa Ajam..
Iaitu bahasa selain bahasa Arab...


11:Dia bertubuh serba sederhana iaitu tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar,


12:kulitnye tidak terlalu gelap dan tidak terlalu putih,


13:Dia merayakan hari khamis sebagai hari istimewanye..
Iaitu Khamis Malam Jumaat..


14:Dia merupakan Mujaddid yang disimpan oleh Allah untuk Zaman ini..merupakan Mujaddid bongsu,dan Mujaddid bersama dengan Imam Mahdi..


15:Sifat2 dirinya amat diketahui oleh pihak2 musuh..


16:Ketika Zahirnye,dia termasuk orang yang sukar bercakap..


17:Kemunculannye adalah disebuah Negara yang menjadi pertemuan antara tiga buah laut..


18:Dia dan Toifahnye amat mencintai Rasulullah,Ahlul Bait,serta amat membela mereka..


19:Dia sentiase memakai Sutrah/Kain Ridak diatas bahunya..


20:Dia dan toifahnye diterima juga diBumi khurasan..


21:Dia zahir ,berjuang  membangunkan kekuatan Islam Disebelah Timur..


22:Dia dan Toifahnye mengamalkan Tarekat dan jalan sufi..


23:Pemuda bani tamim tidak pernah bercita-cita untuk menjadi pemimpin..


24:Perjuangannye tidak bersifat Politik dan tidak menyertai mana2 parti politik,..perjuangannye bersifat Global..


25:Kepimpinannya mendapat perhatian Dseluruh Dunia..


26:sesiapa yang menolongnya,akan dibantu oleh Allah..


27:Dia berjuang mendapatkan kekuasaan bukan untuk dirinye..tapi untuk seorang Ahlul Bait iaitu Imam Mahdi..


28:kekuasaannye adalah merangkumi seluruh dunia yang disebelah timur...


29:semasa Zahir nanti,Dia benar2 kelihatan seperti orang Muda...


Baiklah,disini hanya serba sedikit yang saya terangkan tentang Mujaddid Dizaman ini...jadi,kita sebagai ummat islam.wajib mempercayai bahawa wujudnya Mujaddid itu yag telah dilantik oleh Tuhan sebagai pembaharu Agama...ini bukan sekadar cerita rekaan..tapi ianya sudah termaktub Didalam Al~Quran dan Al~Hadis...
Sumber Rujukan...
BUKU TANDA2 KIAMAT..RUJUKAN DARI PELBAGAI SUMBER..

2 313 orang mengomen:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Kofirm bukan aBuya sebab Da pernah kata nak jadi PM

  1. basri zakaria berkata...:

    sheikh abdul kadir jailani adalah mujaddid juga. pengasas ajaran tabligh maulana elyas juga seorang mujaddid.... jadi senarai di atas rasanya kurang tepat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK-CluCK