Heliza perbetulkan kata2 nya tentang hudud di akhbar

Jumaat, 7 Oktober 2011
baru ni,dunia blogger dan facebook gempar dengan ucapan2 artis tentang hudud,malah ade yang mempersoalkan,,mengapa perlu ditanya kepada artis yang sekular.
watak akhir zaman,memang itu lah yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.

tidak terkecuali juga tentang ucapan Heliza Helmi, 'Penyanyi' dan kini 'Penceramah'..beliau mendapat pelbagai tohmahan tentang ucapannye..beliau tampil semula ke Zass untuk memperbetul dan menjernihkan keadaan,

 Heliza tampil beri penjelasan
Penyanyi dan penceramah Heliza Helmi tampil dengan harapan dapat menjernihkan keadaan. Hadir bersama pengurusnya, graduan dalam bidang pendidikan ini mengakui emosinya agak terganggu setelah diberitahu mengenai tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Berharap dengan penjelasannya, masyarakat dapat memahami situasi sebenar.

“Saya mengetahui perkara ini menjadi perdebatan setelah dimaklumkan pengurus saya, Kak Zeq, yang membacanya di laman sosial, Facebook.

“Apabila mendengar perkara itu, ia sedikit mengganggu emosi saya sehingga saya tidak boleh bekerja kerana asyik memikirkan perkara ini. Saya menangis apabila terfikir apa yang sudah saya lakukan, sedangkan pada hemat saya, saya bercakap mengikut pengetahuan saya sahaja.

"Apabila ramai yang bertanya mengenai perkara ini kepada saya, tidak mungkin saya dapat jelaskan kepada setiap individu yang bertanya. Kerana itu, saya tampil hari ini (semalam) agar mereka tahu keadaan sebenar dan berharap ia akan dihentikan serta-merta," katanya kepada Zass.

Lebih memilukan, ada pihak melemparkan tuduhan kepada anak kelahiran Terengganu ini apabila dikatakan sanggup mempertikaikan hukum Tuhan. Bagi empunya diri, bukan sahaja terkejut, malah menangis apabila mengenangkan tanggapan negatif masyarakat terhadap dirinya.

“Tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran saya untuk mempersoalkan hukum ALLAH SWT. ALLAH mencipta kita, maka Dia tahu apa yang terbaik. Sebagai manusia biasa, siapalah saya untuk memberi komen mengenai hukum-NYA?” katanya yang kini aktif memberi ceramah motivasi kepada remaja.

Menurutnya, ketika diminta memberi pandangan mengenai perkara itu, penyanyi ini enggan memberi komen kerana takut tersalah cakap.

"Saya seboleh-bolehnya tidak mahu memberi komen kerana sedar ilmu dimiliki tidak seberapa, malah saya ada menyarankan agar perkara ini dirujuk kepada pakar, ulama dan orang bijak pandai untuk mereka membuat pertimbangan. Ini kerana saya bukan orang yang berhak berbicara mengenai hal ini.

“Bagaimanapun, berlaku silap faham. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana saya faham pemahaman orang mungkin berbeza dengan apa yang saya sampaikan,” katanya.

Biarpun dikecam, gadis manis ini tetap positif dan menganggap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

“Saya tidak pernah berharap perkara ini terjadi sebegini, tetapi siapa tahu mungkin selepas ini lebih ramai yang mula sedar mengenai hukum hudud dan mendalaminya.

“Malah, saya berasa gembira jika ada usaha yang dibuat untuk menjelaskan mengenai hudud dan hukum-hukum lain kepada masyarakat kita, agar sama-sama mengetahui lebih mendalam mengenai hukum agama seperti ini,” katanya.


Nota-Naughty,.fikir dahulu sebelum berkata-kata

credit to.. http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9615221.asp

9 313 orang mengomen:

  1. Eera Shera berkata...:

    patotnya tanya pada yg pakar..

  1. sekamar rindu berkata...:

    salam...


    kita tak boleh berbicara pasal sesuatu perkara kalau kita tidak mahir dalam satu2 perkara tersebut..nah..sekarang dah kecoh..


    apa itu hudud?.

    Allah SWT (yang maha bijaksana) senantiasa menjaga hak-hak manusia dan menjaga kehidupan mereka dari kezaliman dan kerosakan. Syariat islam pun ditetapkan untuk menjaga dan memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta yang merupakan adh-Dharuriyat al-Khamsu (lima perkara mendesak pada kehidupan manusia, Sehingga setiap orang yang melanggar salah satu masalah ini harus mendapatkan hukuman yang ditetapkan agama yang disesuaikan dengan pelanggaran tersebut.

    Hudud meliputi 7 perkara,

    1. Had zina (hukuman Zina) ditegakkan untuk menjaga keturunan dan nasab.

    2. Had al-Qadzf (hukuman orang yang menuduh berzina tanpa bukti) untuk menjaga kehormatan dan harga diri

    3. Had al-Khamr (Hukuman orang yang minum Kamer (minuman memabukkan) untuk menjaga akal

    4. Had as-Sariqah (Hukuman mencuri) untuk menjaga harta

    5. Had al-Hiraabah (hukuman para perompak) untuk menjaga jiwa, harta dan harga diri kehormatan.

    6. Had al-Baghi (Hukuman pembangkang) untuk menjaga agama dan jiwa

    7. Had ar-Riddah (hukuman orang murtad) untuk menjaga agama.

    kesimpulannya kita kena faham betul2..dan tak boleh dengan sewenang2nya memberi pendapat yg tersasar..risau akan terkeluar daripada akidah..

    dan banyak hikmah2 yg tersembunyi yg harus diketahui dalam hukum hudud ini..

    sr.

  1. ❀Hanim_RosLan❀ berkata...:

    owh,terima kasi,saye dpt ilmu lagi arini

  1. delarocha berkata...:

    bila tanya soalan pada org yg salah. kita akan dapat jawapan yg salah.

  1. sekamar rindu berkata...:

    salam..

    singgah lagi sini sebelum tidur..:)

  1. ahmad endo berkata...:

    aku pun tak paham wartawan2 ni...hahaha

  1. Woofer Storm berkata...:

    berkata biar kena,takut diri sndri merana..heheee

  1. Adylia Qarissa berkata...:

    kadang2 lebih baik diam diri dari berkata kata....

    kadang2 kata2 kita disalah tafsirkan oleh orang lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK-CluCK