kematian yang dirindui

Selasa, 11 Oktober 2011
Rasul ada bersabda:

“Secerdik-cerdik manusia ialah yang paling mengingati kematian”.

Maka bodoh sangatlah kami ini kerana selama ini takut denganmu wahai kematian. Bodoh macam orang yang tak mahu kahwin kerana takut nak bersalin. Sakit katanya. Jadi tak kahwin lah dia. Bodoh tak?
Aduh, kematian yang menjanjikan 1001 keindahan itu ditakuti dan dilupakan saja oleh orang Islam! Bodohnya. Kena tipunya dan ruginya wahai orang Islam. Kenapa dan mengapa sampai terjadi begini agaknya? Kesalnya wahai, tidak terkira-kira lagi rasanya! Kematian sepatutnya ialah hari yang begitu dipersiapkan. Macam orang yang berikan jamu sedari kecil kepada anaknya sebagai persiapan untuk kahwin? Mcm orang yang siapkan computer untuk anaknya yang tak lahir lagi supaya lahir-lahir saja terus pandai main computer. Macam orang yang simpan duit sejak di sekolah lagi agar dapat masukkan anak ke university.
Kematian sesungguhnya kerana pentingnya, ia lebih-lebih lagi patut dipersiapkan sebenarnya. Bukannya macam sekarang, bila mati saja seseorang, maka orang yang hidup pun cakap,

“Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Walaupun dia kesayangan kita, namun nampaknya Allah lebih sayangkannya. Saya redha”

Walhal sepatutnya kata-kata yang dibuat itu begini:

“Ya Allah, macamana ni, dia dah mati. Munkar Nakir akan soal macam-macam. Dia boleh jawab tak? Kalau tidak teruklah dalam kubur. Nanti di Akhirat yang mula-mula Allah tanya tentang sembahyang. Cukup bilangan tak? Khusyuk ke lalai? Kalau lalai dalam sembahyang ke neraka Wail lah tempatnya. Macamana ni? Tolong 3x”.

Sebenarnya persiapan untuk mati yang dirindui itu ialah jadikan hidup untuk Allah dan Rasul. Kan itu yang diazankan kepada kita seelok kita dilahirkan ke bumi? Macamana boleh tersilap? Hidup ialah untuk membalasi cinta Allah dan Rasul yang menghadiahkan kehidupan ini kepada kita?
Cinta Allah dan Rasul terlalu Agung kepada kita. Rasakanlah. Seperti kita sayangkan ibu bapa begitu sekali, macamana boleh terjadi kita tidak menyayangi Allah dan Rasul lebih dari itu? Sepatutnya cinta Agung itu sangat terjadi antara kita dan Allah serta Rasul. Lihat saja Abuya, apakah yang berlaku padanya sehingga dia berupaya wariskan lagu cinta ini kepada kita:

Wahai Tuhan Cinta Agungku, janganlah cintaku tidak dibalas 3x



Kalau cinta itu boleh berlaku kepada Abuya, alasan apa kita nak mengatakan ia tidak boleh berlaku kepada kita?
Sesungguhnya, hanya orang yang mengalami cinta kepada Allah dan Rasul sahaja yang mampu untuk menikmati perasaan rindukan kematiannya. Sebab kematian ialah bertemu dengan seagung-agung cinta!

Abuya, menelusuri perjalanan hidupmu, kami mahu dibawa ke sini rupanya. Menjadi orang yang jatuh cinta kepada Allah dan Rasul, lalu Akhirat menjadi kecintaannya, kematiannya sangat diingat bahkan dirinduinya. Sempurnyanya pakej ajaran ini Abuya. Sebab hidup yang sebenar-benarnya itu ialah kematiannya yang indah. Kematian bukan memutuskan seperti kata yahudi itu. Kematian menurut Allah dan Rasul ialah penghubung kepada kehidupan Yang Maha Indah penuh kebahagiaan bersama Allah dan Rasul di dalam Syurga mereka...

 Wahai Abuya, bapa kebenaran kepada dunia.
Berjayanya Abuya menyambungkan kami dengan Akhirat. Rasanya tiada sebab lagi untuk bimbangkan kematian berlaku. Dan rasanya Akhirat juga jadi begitu dekat. Sepertilah Mekah Abuya sudah buatkan jadi sebahagian daripada perkampungan kami. Kini Akhirat, kubur, alam yang ghaib itu rasanya sudah ada di depan mata. Ada di sisi untuk dicintai dan dirindui. Kehidupan selepas ini ialah kehidupan sebenar yang tersambung dengan Akhirat. Hidup bercahaya secaha-cahanya. Kegelapan dan tipu daya hilang sama sekali, kematian bukan pemutus tapi penyambung, dan kami Abuya akan usahakan kuburan Islam model atas nama RSA.


jangan biarkanku tanpa pimpinan,
pimpinla aku kejalan yang benar,
kepada engkaulah harapanku,
janganlah hampakan perasaanku,

sajak abuya.

Wassalam,

0 313 orang mengomen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK-CluCK